Wednesday, December 31, 2014

Welcoming 2015!

Alhamdulillah... Sedar tak sedar, 2014 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa minit lagi... Begitu pantas masa berlalu. Langsung tak terasa, seolah-olah baru semalam melangkah ke 2014. Pejam celik  pejam celik, rupanya dah tiba ke penghujung tahun.

Tahun 2014 penuh suka duka, pelbagai onak dan ranjau yang terpaksa ku hadapi dan lalui. Sehinggakan tak sempat nak dirakamkan dalam blog usang ku ini. Tak mengapa, nanti kita buat throwback stories lah yea? Apa yang pasti, bagi diriku secara peribadi, tahun 2014 lebih banyak meninggalkan garis duka pada diri ini. Tahun 2013 yang lepas pulak, terlalu berwarna-warni... Suka duka silih berganti pada ketika itu... 

2014... Bukan aku sorang je yang merasai garis-garis duka itu. Malah, tahun 2014 juga meninggalkan pelbagai kenangan yang pastinya akan terpahat di hati kepada hampir setiap orang di Malaysia. Pelbagai dugaan dan ujian yang melanda negara ini... Antaranya...
First quarter of 2014, negara telah dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370. Pelbagai spekulasi telah timbul. Entah berapa ramai pula keyboard warrior yang muncul di media-media sosial khususnya Facebook! Tak kurang juga dengan kemunculan geng bomoh tikar terbang! Kecoh satu dunia! Pelbagai parody pun muncul, sudahnya menjadi bahan lawak seisi dunia! Berikutnya, tragedi MH 17 yang telah terhempas yang mana dikatakan terkena serangan bom di ruang udara Ukraine. Yang paling menyedihkan ialah tragedi ini terjadi di kala seluruh umat Islam sedang menunggu ketibaan Aidilfitri. Kegembiraan di kala itu telah bertukar menjadi duka, khususnya bagi ahli keluarga yang terlibat. Dan yang paling mutakhir adalah musibah banjir yang dikatakan luar biasa telah melanda beberapa buah tempat di Malaysia. Sedih tak terkata... Betapa besarnya kekuasaan Allah. 

Justeru, ku harapkan agar tahun 2015 yang bakal tiba ini akan membawa lebih banyak kebahagiaan dan kegembiraan bukan sahaja kepada diri ini, tetapi juga kepada seisi dunia. In shaa Allah... Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan semoga rahmat kasih sayang Allah tak pernah menjauh dari kita. Allahumma Aamiin...



Till we meet again next year! 

HAPPY NEW YEAR!!!

XOXO


No comments:

Post a Comment