Saturday, November 2, 2013

... 7 Years Later ...

7 years! Yes, it's already 7 years... Alhamdulillah, finally I'm here again... in U-K-M!!! Hanya Allah je yang tahu betapa aku rindukan my campus life eventhough takda lah seronok berbanding my life at MARESMA dulu ;) But still, banyak jugak kenangan pahit manis yang terlakar di sini... Wahhhhhh gitewww!!!

It was like I'm dreaming! Tak sangka dapat jejak kaki ke sini lagi walaupun dengan tujuan saja-saja nak buat 'Lawatan Muhibbah'! Actually it was a visit for my cousin yang baru je registered here. Hahahaha... Kiranya dia ni macam meneruskan legacy di kalangan my family yang berpeluang untuk meneruskan pengajian kat UKM Kampus Bangi ni. In the previous years, her father wal also studied here. But in different course. She's studying in ICT course. Me? Of course lah education kan, dah namanye teacher... Hehehe. But, teacher for the special kids! Alhamdulillah...

Yang lebih 'membanggakan' aku kali ni, sebab I drove by myself to here. I drove my aunt's VIVA. Macam tak caye je aku bleh drive from Shah Alam to here! Alhamdulillah... Ingat lagi rupenya selok belok jalan nak sampai sini walaupun sebelum ni tak pernah pun pegang stereng keta sepanjang jadi perantau ilmu kat sini dulu. Wowwwww!!! Hahahahaha... Terlebih-lebih plak excitednya!

Okay lah... dipendekkan cerita, entry kali ni nak masukkan banyak gambar je. Kang kalau kasi aku membebel panjang, boring plak kan? :) Our started from Pusat Permata Pintar Negara till Fakulti Sains Teknologi Maklumat. These are the pictures taken around our journey in UKM ;)

Auntie & Niece @ Permata Pintar

Here we are!!!

Freshie... Neesa dengan kolej kebanggaannya! ;P

Neesa & Me @ Dewan Gemilang

Terkenang zaman study ke Cik Za ;)

Model topi! ;P

We're cousin! :)

Selfie by us!

Puri Pujangga!

Tempat jatuh lagi kan dikenang... This is my first Kolej Kediaman... Rahim Kajai!!!

Building baru! Peluasan fakulti... Wahhh cepatnya masa berlalu...


Interesting signage!
Zaman aku dulu takda pun... Tu lah pasal hampir kena sodok ngan b*** hutan tu!!! Huhuhu...

Kat blok ni lah aku bertapa start my 2nd year till final year!

Tangga-tangga kejayaan! Aku yang namakan lah...
Tangga yang banyak memori ;)

We're the Highlanders! :)

Yeahhh... I was here before! ;)

FTSM... It's her faculty ;)

Chakkk!!! Ala-ala Hindustan ;P

Hehehehe...

U-K-M... Kebanggaan kami!!!

Happy face!!!

Lalalalalala....

Hahahaha... Apa kes ni???

Dah puas jelajah UKM, perut pun dah mula berkeroncong! Tak jadi nak lunch kat UKM, so we decided to go to BBB. Terus lah aku ni pun mengimbau kenangan lalu... Makan kat kedai makan area pasar malam tu, memang banyak pilihan! Sedap pun sedap. tapi disebabkan perut lapar, tak ingat lah nak ambik gambar ke apa... hahahaha... nak menikmati makanan lah katakan plus ramai sangat orang masa tu. Kang kalau sibuk ambik gambo kang ada plak yang jeling-jeling maut sebab lambat sangat makan. Hehehe...

Lepas lunch tu, ternampaklah oleh daku gerai yang jual putu bambu!!! Perghhhh... Kecur air liur ni terus. Dah lama tak pekena putu bambu. So, apa lagi. Terus singgah beli. Memang dah lama teringin. Kat KK belum pernah lagi jumpa ada orang jual kueh ni. 

Tadaaaa.....

Inilah dia putu bambu!!!
Dah alang-alang beli putu bambu tu, maka kami pun decide nak lepak kejap kat Tasik Cempaka. Haaa... Kat tasik ni pun kira ada sikit memori aku masa study dulu... Hikhikhik...

Hahahaha... Pose merapu meraban!

@ Tasik Cempaka, Bangi

Perasan model! Hahahaha...

Then we continued our journey to Putrajaya. Yeayyyyy.... Putrajaya, we are cominggggg!!!! Walau dah banyak kali ke Putrajaya ni, tapi setiap kali tu jugak lah aku still excited! Hehehe... Kali ni lebih excited coz I managed to drive here by myself! Alhamdulillah...




Alhamdulillah... Walaupun tak sempat nak round satu Putrajaya, but we managed to perform solat Asar and Maghrib here. That's all about my trip during Malaysia Day hols... I felt so happy and grateful! Till then... Banyak lagi story mory yang nak diupdate kat blog ni...

XOXO



Friday, October 25, 2013

Saturday Morning @ My Favorite Spot!

It's been quite a long time I didn't update my blog. Phewwww... There's a lot of things that I need to do! Or should I say that was my adaptation period. And it's not easy as I ever imagined! But, Alhamdulillah... Allah is always here and there for me... Alhamdulillah... And thanks also for you, S!

What a beautiful Saturday morning! I'm spending my time at my favorite spot... Airport! Hahahahaha... Actually I'm sending my aunty to the airport. And because it's early in the morning.... Yawnnnnnn!!! I'm sleepy! So I took this opportunity to spend a little bit of my time at my favorite and memorable spot!
While... Eating breakfast and updating my blog.

I don't know why, but I do love to be at here... Airport!!! Or should I look for pilot to be my soulmate??? Hahahahaha... Berangan aje lah! I think I like to be here just because I love to travel here and there especially by plane. That was a wonderful feeling! And I do wish that I could travel all over the world someday, in shaa Allah. And I wish to meet cats anywhere I go!!! Hahahahaha... Dah kata memori kaki kucing kan? Jadi, walaupun mengembara ke mana sekali pun, mesti nak ada kucing tu menyelit! Sampaikan orang dok gelarkan aku ni Mak Kucing! Tapi... I don't mind at all. Because I do love cats very much! Kira macam ada special bonding dah dengan makhluk Allah yang satu itu.

Awal-awal pagi macam ni, takda lah banyak sangat idea nak update blog. Tapi memandangkan environment kat favorite spot ni aku rasa best nak update blog, so I just update a short one. So, that's all for now. Nak kena habis kan my breakfast, then moving back to home. Ada beberapa perkara nak buat hari ni... Hahahahaha... Apa lagi??? Laundry  lah and all other business at home! Mode jadik bibik plak hari ni...
 In shaa Allah, kalau berkesempatan nak update beberapa story kat blog ni. 


That's my breakfast... White Egg and Apple Sandwich + Java Chip Frappucino!

Monday, August 12, 2013

5 Syawal 1434H

As Salam everyone... Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 Syawal dah. Cepatnya masa berlalu... Cuti pun dah semakin sedikit, sikit hari lagi dah nak kembali bertugas. Maka bermulalah episod hidup ku di perantauan pula...

Dalam pada kesibukan umat Islam beraya, aku pulak sibuk menguruskan hal-hal perpindahan. Hehehe... Jangan bosan lak nak baca kisah ku ini. Sebab akhir-akhir ni entri kat blog aku ni berkisarkan cerita perpindahan dan penghijrahan je lah ;)

Tapi dalam pada sibuk uruskan perpindahan ni, hari ni sempat jugak bertemu dengan kawan lama. Kebetulan pulak dia ada program kat KK ni. So, di kesempatan yang ada ni lah boleh jumpa. Lagi pun dah lama tak jumpa, lebih kurang 6 tahun. Lama kan? Tapi kenal pun secara kebetulan jugak. We met at Langkawi around 2007. He was the instructor of my students group during the Wilderness Camp in Langkawi. Tak sangka jugak boleh jadi member till now. Alhamdulillah... Berkawan biar seribu kan, musuh pulak sebolehnya takda sorang pun di dunia ni. Barulah hidup ini aman tenteram. Sembang panjang jugak lah. Dia datang dengan member dia 2 orang, sorang tu orang kita jugak lah and the other one is American kalau tak silap. Seronok jugak dapat berkenalan dengan geng macam diorang ni. They involved in outdoor activities. Nampak enjoy je kerja diorang ni. Ke sana ke mari, dengan pelbagai aktiviti lasak. Trip kali ni diorang bawak students international school from Singapore. All of the students are Indians. Kalau ikut hati rasa nak join je aktiviti diorang ni, (walaupun aku ni takda lah lasak sangat), tapi apa kan daya... Lusa aku nak balik bertugas dah. Aku sebenarnya memang berminat nak involved dengan outdoor activities ni. That's why kalau ada offer je suruh escort students gi camping aku tak penah menolak! ;)

Okay, tutup cerita pasal member lama tu... Sekarang ni aku dok lepak menikmati Java Chip & Tuna Puff sambil update new entry kat blog ni ;) Hehehe... Sebenarnya nak mengisi masa terluang sementara menunggu En.Kembara selesai 'dimandikan' luar dan dalam termasuklah enjinnya sekali. Sebab in shaa Allah, kalau takda aral, esok masuk kontena le En.Kembara aku tu. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk ku... Allahumma Aamiin...

That's all for now. Sebab nak menikmati Java Chip ;)

Friday, August 9, 2013

'Tukar Milik' - Part 2

Sepatutnya entri 'Tukar Milik' ni takda part 2. Tapi memandangkan ada cerita pulak selepas entri pertama tu, maka aku pun buat lah entri ni.

Memang menguji kesabaran aku gak lah bila menguruskan hal sebegini dan juga apabila berurusan dengan JPJ ni. Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya tak berjaya untuk buat penukaran hak milik ke atas Kembara kesayangan aku tu. Penat je aku excited! Haihhhh... Ini lah dia akibat karenah birokrasi. Leceh betul! Pegawai kat JPJ tu pun satu hal gak. Bagi explanation separuh jalan. Penat aku berulang-alik ke sana, letih satu badan ni dok berkampung tunggu giliran. Kesudahannya hasil yang mengecewakan! Haihhhh.... Takpe lah, bukan rezeki kot. Pasti ada hikmahnya tu.

Okay lah, it's just for reminder in case aku nak buat penukaran milik kenderaan (especially untuk kereta yang dah habis bayar kat bank):
1. Make sure bayaran akhir dah settle (settlement ni antara bank-JPJ ambik masa lebih kurang 3 hari bekerja).
2. Buat pemeriksaan kereta di Puspakom (buat pemeriksaan untuk tukar milik, charge dalam RM 30).
3. Sebelum berurusan dengan JPJ, make sure insurance kereta atas nama pemilik asal telah dibatalkan. Then, beli insurance untuk penama or pemilik baru kereta.
4. Make sure sediakan salinan IC untuk pemilik asal dan penama baru. (Photostat sedia, sebab kalau nak photocopy kat JPJ, mahal gila!!!)
5. Gunting salinan IC tu siap-siap, sebab nak kena lekat kat borang tukar milik tu nanti.
6. Then, pegi JPJ mintak borang dan ambik nombor giliran. Sementara tunggu turn tu, boleh lah lengkapkan borang tukar milik tu. Kad Pendaftaran kereta dan Sijil Pemeriksaan dari Puspakom tu jangan lupa bawa pulak.
7. Lengkap semuanya, in shaa Allah selesai lah urusan tu.

Kalau lah pegawai kat JPJ tu bagi penerangan yang jelas, takda lah aku ulang-alik kan? Takpe lah kot. Aku malas lah nak uruskan insurance baru lagi. Sebab nak kena bayar lebih mahal, atas sebab aku takda NCD untuk kereta tu. Hurmmmm... Takpe lah, yang penting aku dah confirm kan dengan orang logistic tu, tak tukar nama pun takpa. Kereta tu still lagi aku boleh bawa berhijrah. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan ku selepas ini dan pada masa akan datang. Aamin...

Tuesday, August 6, 2013

'Tukar Milik'

Finally, ber 'tukar milik'! Excited sangat plak bunyi nya. Padahal, takda apa pun. Hari ni pada ketika ini, aku berkampung lagi di JPJ Jalan Bundusan ni. Mau tak berkampung? Ramai sangat orang kat sini since semalam agaknya. Semua sibuk nak renew road tax. Maklumlah, musim perayaan lah katakan. Lagi pun, geng JPJ ngan Pak Trafiko pun sibuk menjalankan road block sana sini.

Tapi aku gi JPJ ni bukan atas urusan nak renew road tax, tapi untuk urusan tukar milik. Yeah, finally my Kembara akan bertukar nama pemilik. Alhamdulillah... Lega rasanya, dah bebas hutang kereta ;) Kalau ikut, tak payah tukar nama pun takpe. Cuma aku nak semua berjalan lancar je untuk proses penghijrahan ke tempat baru. So, dengan peluang serta kesempatan yang ada ni aku uruskan je lah. 

Sepatutnya semalam lagi dah settle, tapi JPJ sini tak terima lagi data dari Puspakom. Maka terpaksa lah ku gagahkan kaki untuk datang ke sini lagi hari ni. Dah lah semalam 2 jam lebih berkampung kat Puspakom tu. Selesai dari Puspakom semalam bergegas ke JPJ ni, tapi tak dapat pulak nak selesaikan urusan semalam.

Nampak macam excited sangat kan? Bukan apa, excited nya sebab berpeluang uruskan sendiri Hal sebegini. At least, tahu jugak selok belok urusan pertukaran hak milik kenderaan kan. Just for info and also self-reminder for me, kalau nak tukar milik or biasa orang kata tukar nama, kenderaan tu perlu dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan terlebih dahulu. Then baru lah berurusan dengan JPJ. Kad Pendaftaran kereta pun perlu dibawa bersama. Masa gi JPJ pulak, pasti kan dah get ready dengan salinan IC pemilik asal Dan pemilik baru. Oh ye, kena gunting siap-siap dan dilekatkan pada borang tukar milik tu. Kad Pendaftaran kereta berserta Sijil Pemeriksaan Tukar Milik dari Puspakom pun perlu dibawa. Lengkap semua tu, in shaa Allah selesai lah urusan. Bayaran? In my case, kat Puspakom I paid RM 30 untuk pemeriksaan and kat JPJ perlu bayar RM 40 untuk urusan tukar milik ni.

Boringnya nak menunggu ni... Lebih kurang 20 orang lagi. Tunggu kat sini dari pukul 10 lebih lagi... Sabar je lah...


Friday, June 7, 2013

'The Lone Ranger!'

Yeehaaaaa.... I'm the Lone Ranger!!! Hahahahaha.... Just kidding ;) Actually, today I was spending my time all alone outside. It started with my task at my second 'home sweet home'! Di mana lagi kalau bukan di sekolah ku yang tercinta!

How did I start my day? Hehehe... Thanks so much to you, S! Thanks for the wake up call by you ;) Kalau tak, agaknya I missed my class for today. Kesian lah my students tu kalau Cikgu Cute depa ni tak attend class hari ni ;P Walaupun terasa agak berat kaki melangkah keluar rumah pagi tadi, namun atas rasa tanggungjawab ku gagahkan jua kaki ini melangkah. Ye lah, mode cuti still on lah... Cuti sekolah kan sehingga Ahad ni... Tapi not for my school lah. Sebabnya, extra class dah pun bermula since Monday. Inilah hakikat profession as a Teacher nowadays. Tak macam zaman dulu-dulu, guru dapat menikmati cuti dengan gembira. Nop, I'm not complaining. I'm just saying my opinion and express my feeling. Tak dinafikan bahawa guru akan bercuti sama dengan murid-murid. Kalau murid-murid bercuti dengan berbekalkan homework, same goes to us as teachers. But it's okay, ikhlaskan sahaja apa yang dilakukan. In shaa Allah, ganjaran saham di akhirat ada untuk kita cikgu-cikgi ;)

I really enjoyed my teaching and learning session today. Alhamdulillah... It was may be because I miss my students! They were too excited to see me today! Lega dan happy lah tu sebab teacher depa ni tak dapat transfer ke Sekolah lain... Siap bersorak riang dan bertepuk tangan lagi when I entered their class today. Thank you so much kids, you made me happy and excited too! Apa lagi, punya lah bersemangat hari ni mencurahkan ilmu di dada... ;)

Sedar tak sedar, masa berlalu dengan pantas. Alhamdulillah, masa sejam setengah yang telah diperuntukkan untuk extra class kali ini telah berjaya dimanfaatkan sepenuhnya. After I finished my class, sang Lone Ranger ni pun meneruskan agenda berikutnya. Drive to Jalan Duta (Bundusan), singgah sat kat Animal Kingdom tu. Apa lagi, beli bekalan makanan stock sebulan untuk geng 'bulu-bulu' kat rumah tu. Eh! Don't get me wrong, I mean for my beloved cats at home ;)

Then, agenda berikutnya adalah agenda yang paling digemari! Yeayyyyy... It's like a movie marathon! Ikutkan hati ni, nak je layan sampai 3-4 movies... Hahahahaha... Ini dia perangai hantu movie bila dah terlepas! Tapi hari ni cuma dapat layan 2 movies je. Ambikkkk!!!! Sampai je 1B, destinasi yang dituju adalah kaunter ticket kat GSC tu. Beli 2 tickets sekaligus, satu Malay movie and another one is English movie. Hehehe... Jarang sekali layan citer Melayu kat cinema, tapi sebab terpengaruh dengan komen-komen orang kata citer tu best. Hati ni pun bagai digaru-garu nak tengok! English movie tu plak memang dok dinantikan tayangannya. So, I decided to watch Bikers Kental and Fast Furious 6 for today. 

Kegilaan kembali melanda... ;)

Having my 'brunch' at kopitiam kopi putih bandar lama ;)

Actually, right now I'm writing this entry at airport. Lepaking at KFC while waiting for my BFF yang balik KK today. Dah alang-alang sampai awal sangat, baik aku isikan masa terluang ni dengan aktiviti berfaedah kan? ;) Sambil tu boleh makan-makan! Hehehe...

Hehehehe... dinner while updating my blog at 'Rumah Atok' ;P

Okay lah... That's all for now. Kebetulan my BFF pun dah sampai dah ni. Nanti lewat sangat plak kami sampai rumah. Esok kena gi Sekolah lagi, ada Seminar Keibubapaan pulak. Wajib pulak tu... Huhuhuhu...



Tuesday, June 4, 2013

Sekelip Mata!

I don't know how to express my feeling right now! It's all happened dalam sekelip mata rasanya.  Hari ni belum lagi berlalu sepenuhnya. Waktu baru merangkak ke tengah hari. Tapi banyak perkara yang berlaku.

This morning I woke up with a worse headache plus backache! Migraine :'( Dah makan panadol, but still lagi terasa sakit dan 'berat' kepala ni. I tried petua yang diberi,  mandi beserta basuh kepala... But still lagi sakit. Takpa, cuba untuk terus bertahan.

Ku langkahkan kaki ke aras bawah rumahku. Pegi dapur... tup tup accidentally kaki ni tersepak kat bucu dinding table top kat dapur tu. Haihhhhh sakitnya Allah je yang tahu. Ingatkan sekadar sakit je. Tapi tetiba terasa pedih semacam. Sekali tengok,  Ya Allah...!!! Darah dah mengalir begitu banyak! Rupanya luka berdarah! Kelam kabut gi cuci dengan air, dalam kepala ni ingatkan sikit je luka tu. Rupanya sedikit 'isi' kat jari kaki kiri ni dah terkoyak terhiris. No wonder darah tak berhenti. Then, I tekan kawasan luka tu dengan tisu so that darah boleh berhenti mengalir.  Alhamdulillah akhirnya berhenti gak bleeding tu. But it took about 30-40 minutes to stop bleeding.

Minor accident! :'(
After 30-40 minutes of bleeding...
Sambil dok laundry, aku pun layan lah tengok tv. Home alone je hari ni. Tengak aku khusyuk tengok rancangan kesihatan kat tv tadi, tetiba terdengar kecoh kat luar rumah.

Ya Allah!!! Sekali lagi hati ni diuji! Kucing-kucing kesayangan ku tengah berusaha menyelamatkan diri dari ancaman musuh mereka! Aku pun kelam kabut cari kunci, buka pagar rumah, memberi bantuan kecemasan! Tapi... my Junior dah dicekup oleh dua ekor anjing tu!!! Pilu dan sakit hati ni! Aku berjaya lepaskan Junior, tapi aku tak sempat nak bawa Junior gi klinik! Sedih pilu hati ni... Baru je pagi tadi bermain bermanja dengan aku, tup tup ajal Junior sampai tengah hari ni. Sekelip mata! Ya Allah... Sungguh besar kuasa Mu ya Allah... Tiada siapa yang mampu melawan kehendak takdir mu... Junior, maafkan Mama Ella yea sayang...


Wednesday, May 29, 2013

Bestiest Day Out! ;)

Yeaahhhh... Girls day out! Ah-ha, that was on the last Sunday! Agak-agak apa je activities bila girls going out together? As for me and my bestiest Umie a.k.a Mia Zarra, activities kami banyak dipenuhi dengan agenda makan sana makan sini... Hehehehe... Eloklah tu, sorang sekeping sorang agak kembang setaman! Kihkihkih....

Tapi outing kitorang kali ni sebenarnya tak plan pun. Kebetulan aku nak keluar gak pagi tu, dan kebetulannya pula my BFF text me on that morning. Haha! Apa lagi, on je lah plan gila gila kitorang. Yeahhhhh... Masa untuk menambahkan seri di wajah! ;) Hehehehehe... Penting tu! Kira aset perempuan lah katakan.... ;)

Kami pun set time and tempat untuk berjumpa. Apa lagi... Tempat favourite Cik Mia ni, mestilah kat Grace Point tu... Kihkihkihkih... Bak kata dia, tempat yang dia paling terror sekali nak drive and park her car ;) Opssss... Cik Mia, jangan marah naaaaaa... Then seperti yang dijanjikan, kami pun jumpa kat GP tu. Kali ni, Cik Mia yang drive keta menuju ke destinasi agenda kami kali ni. Centre Point... Yessss, that's our destination!

Sampai je, agenda pertama of course lah makan-makan! Hehehehehe... So, for our 'brunch' on that day... We chose Kenny Rogers!

Sesi 'brunch' kat uncle Kenny! Cik Mia tersenyum lebar ;)


Lepas makan-makan dah settle, perut pun dah berlagu riang... Kami pun menuju ke tempat favourite Cik Mia untuk aktiviti kecantikan! ;) Bukan nak promote, tapi best gak tempat ni. Wendy's Beauty Centre kat Centre Point. Kali ni aktiviti kecantikan kami berfokus kat muka lah. We did facial treatment plus eyelash perming... We felt comfortable lah kat sini. Deco beauty centre ni pun, pinky pinky gitewww...

Tadaaaa... Cantik tak? Hehehehehe.... ;)

Hurmmm.... Proses maintenance kecantikan ni biasanya memang memakan masa berjam-jam gak lah. Hehehehehehe sah-sah lah selepas tu, rasa lapar pun, menjelma kan? ;) So, we continued our agenda dengan aktiviti makan-makan! Pilihan kali ni pulak, Secret Recipe! Hahahahahaha... Elok sangat lah selera kitorang ni kan... Sorang sekeping sorang agak kembang setaman! ;)

Sesi terakhir... 'Girls Talk' kat resepi rahsia ;)

Makan-makan sempoi je... But it took about 2 hours for us! Even though we work at the same place, tapi komitmen terhadap kerja membataskan kami untuk bersembang panjang during working hours. So, masa outing macam ni lah banyak sangat yang nak dibualkan dan dibincangkan ;) Lagipun ni sesi 'Girls Talk' sebelum masing-masing menikmati cuti yang agak singkat untuk bersama family. Perut pun dah 'tersenyum', wajah pun semakin berseri, idea pun dah banyak yang dikembangkan.... Kami pun bergerak pulang dengan hati yang riang! ;)



Sunday, May 26, 2013

It's Been A Month! ;)

My latest 'precious' have been a month already... with me! How times fly... Yup! Dah sebulan aku meng'explore' my iPad Mini ;) Hahahahaha... Bunyi macam agak kejakunan sket kan? Well... What ever... Jakun pun jakun lah... Hahahahahaha... Sebenarnya entri kali ni just nak share my very own experienced dengan iPad ni, atau lebih tepat lagi product by Apple! And seperti yang ku jangkakan, ia tak mengecewakan :) Tambah plak klu bendanya was a gift from S! Hehehehe...

I'm really in love with my iPad Mini! Terasa lengkap hidup ini (dari aspek keperluan latest gadget la). Ke mana sahaja pasti ku bawa. Memang sangat menepati citarasa, keperluan and my very own lifestyle. The software is so 'sexy'! Walaupun tak banyak apps yang free, tapi tetap dapat memikat hati ini. Macam-macam boleh ku lakukan dengan iPad Mini ku ini. Playing various of games (of course lah kan...), make notes in creative ways, boleh bersosial (Facebook, Tweeter, Instagram dan lain-lain...), dan banyak lagi... termasuklah updating my blog in the easiest way! Dan tak dinafikan, the graphics performance are superb! Size pun mantap, tak besar sangat tak kecik sangat. Just nice! Senang nak masuk handbag lah katakan... Lepas ni rasa nak beralih ke pelbagai Apple products lak ;) Sebab yang lain-lain dah try. Hehehehehe... I bukan nak jadi promoter or duta Apple, just nak share kegumbiraanku menggunakan iPad Mini ini.

Yeahhhh.... My Precious!!!

Friday, May 17, 2013

It's all about life...

Have you ever think deeply about life? What about the choice that you made for your life? Is that make you happy? Or is that make you regret? No matter what happened, life must be go on. Just believe that everything happens for a reason.


Senja Yang Indah...

Hello everyone... It's been a bit long time I don't write anything here. Well... It was very hectic life in these previous weeks. Penat tu tak payah cerita lah kan... Tapi dalam kesibukan tu sempat jugak lah spend a little bit of my time untuk menikmati keindahan senja. Boleh lah jugak menenangkan minda buat seketika... Tempat ni quite popular gak for those yang nak menikmati sunset, popular among the couples yang sedang bercinta and also for the tourist yang datang ke KK ni. So, here I just want to share a few pictures that I took last week at Sutera Harbour Seaside :)