Wednesday, December 31, 2014

Welcoming 2015!

Alhamdulillah... Sedar tak sedar, 2014 bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa minit lagi... Begitu pantas masa berlalu. Langsung tak terasa, seolah-olah baru semalam melangkah ke 2014. Pejam celik  pejam celik, rupanya dah tiba ke penghujung tahun.

Tahun 2014 penuh suka duka, pelbagai onak dan ranjau yang terpaksa ku hadapi dan lalui. Sehinggakan tak sempat nak dirakamkan dalam blog usang ku ini. Tak mengapa, nanti kita buat throwback stories lah yea? Apa yang pasti, bagi diriku secara peribadi, tahun 2014 lebih banyak meninggalkan garis duka pada diri ini. Tahun 2013 yang lepas pulak, terlalu berwarna-warni... Suka duka silih berganti pada ketika itu... 

2014... Bukan aku sorang je yang merasai garis-garis duka itu. Malah, tahun 2014 juga meninggalkan pelbagai kenangan yang pastinya akan terpahat di hati kepada hampir setiap orang di Malaysia. Pelbagai dugaan dan ujian yang melanda negara ini... Antaranya...
First quarter of 2014, negara telah dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH 370. Pelbagai spekulasi telah timbul. Entah berapa ramai pula keyboard warrior yang muncul di media-media sosial khususnya Facebook! Tak kurang juga dengan kemunculan geng bomoh tikar terbang! Kecoh satu dunia! Pelbagai parody pun muncul, sudahnya menjadi bahan lawak seisi dunia! Berikutnya, tragedi MH 17 yang telah terhempas yang mana dikatakan terkena serangan bom di ruang udara Ukraine. Yang paling menyedihkan ialah tragedi ini terjadi di kala seluruh umat Islam sedang menunggu ketibaan Aidilfitri. Kegembiraan di kala itu telah bertukar menjadi duka, khususnya bagi ahli keluarga yang terlibat. Dan yang paling mutakhir adalah musibah banjir yang dikatakan luar biasa telah melanda beberapa buah tempat di Malaysia. Sedih tak terkata... Betapa besarnya kekuasaan Allah. 

Justeru, ku harapkan agar tahun 2015 yang bakal tiba ini akan membawa lebih banyak kebahagiaan dan kegembiraan bukan sahaja kepada diri ini, tetapi juga kepada seisi dunia. In shaa Allah... Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan semoga rahmat kasih sayang Allah tak pernah menjauh dari kita. Allahumma Aamiin...



Till we meet again next year! 

HAPPY NEW YEAR!!!

XOXO


Sunday, April 13, 2014

What A Lazy Blogger!!!

As Salam & Hello everyone.... I think this is my second entry for this 2014. Phewwwww.... *sigh*! What a lazy blogger I am!!! Too much procrastinating & too much excuses!!! Hahahahaha.... I'm sorry to those who are waiting for my latest entry ( eh... Jap! Ada ke yg dok tunggu latest entry dari aku??? Hahahahahaha... Perasan!). This sorry actually special goes to me, myself! And to you my S! Yea lah, dulu beria sangat nak iPad kononnya nak update blog selalu kan? I'm sorry S!

Apa pun, Alhamdulillah... Today I manage to write an entry at my favorite spaces.... Starbucks! Hehehehehe.... While eating and having my late lunch. Or should I say lunch + afternoon tea break!  

What I'm having here???

mkk

Tadaaaaa.... It's smoked chicken wrap with apricot! The taste is delicious! Yummyyyyy!!! And what makes me more happy is.....

mkk

Tadaaaaaaaa..... I got a free cake! And I can choose any cake that I want. Of course I'll chose this... Chocolate Tuxedo cake!!! Hurmmmmm.... Yummyyyyyyy!!!! 

Hancus sket diet iols hari ni uols.... Hahahahaha... Baru je pas workout, dah melantak tak hengat!!! Time ni jugak rezeki kek free dapat kan? Nak tolak, sayang.... (maka dengan rasa 'bersalahnya' I took that cake!) Hahahahaha.... Ye ke rasa bersalah???? So, what was my mind said nak atasi rasa bersalah tu? Hehehehe.... Anggap je ni as a birthday cake for me! Yup! I'm an Aprilians baby uols...  And for the drink, I got myself a coffee mocha. 

Actually, entry kali ni I just nak share about what I got for myself sempena birthday I this year. Yeah... Almost every year during my birthday or my birthday month, I'll give something to myself as my own birthday present! Entah apa-apa je kan? Hahahahaha... Ye lah, takkan lah asyik nak harapan orang lain kasi hadiah je kan. Lagi pun dah tuo.... Oppsssss.... Not old enough, it's just 3 series! Hahaha... I rewarded myself differently every year. Sometimes I'll buy myself any of the girls stuffs like handbags, cosmetics... Or sometimes I'll go somewhere just for a short & nice breakaway!

And for this year... As I turned to 31 years old... (Still in the 3 series yea... Haha) I something slightly different from the previous, something that made my money.... FLY HIGHHHHH!!!! Hahahahahahahaha...... Takpa lah, yang penting bermanfaat for me, in shaa Allah... As myself getting older from year to another year, I decided to focus on my health and.... Beauty (orang pompuan uols, beauty is the most important!!! Hahaha). So, I bought all these for myself!


Abaikan gambar yang belakang tu. Just focus on all the bottles!!! Yup! All that supplements! Don't ask me yet apa kesannya, because I just started with all that supplements last week.

And I got myself this....


Yeah... Membership at Celebrity Fitness for 1 year! I pun nak jadi macam celebrity gak uols.... Hahahahaha.... And I really hope that will be my starting point to live life healthy and forever young Thanks so much S, for introducing me this gym club and always giving me support as well as encouragement for me to get the ideal BMI and stay healthy... In shaa Allah.

With that, I think that's all for now. Ramai sangat orang mai Starbucks plak petang ni... So I kena lah beri laluan kat orang lain plak kan nak dok makan minum kat sini. Until then, thanks for reading my dear MKK readers!

XOXO






Episode 19, 2014

As Salam and hi all...

Tak hujan tak ribut, suddenly tajuk entry kali ni... Episode 19, 2014! Yup, hari ni adalah hari yang ke-19 untuk tahun 2014. Haha... Cerita tahun 2013 lum habis cover lagi, dah sibuk nak update story untuk tahun baru yea? Whatever... Hahaha... Next time je lah kita cover story yang lepas-lepas tu yea...

Hari ni, untuk ke sekian kali nya aku outing alone! Yes, again... Again... And again! Bila nak outing reramai or outing berdua ni??? Hahaha... Itu tak payah fikirkan! Hehehe... Lagi pun, memang dah biasa pun outing alone! Masa kat KK punya cerita lah... Rupanya aku bawak gak perangai tu bila dah ada kat sini. Hehe... Tak jadi masalah pun nak jadi Lone Ranger kan? Yang penting, hati SENDIRI mau ENJOY!!!

Kalau kat KK tu, tak kisah sangat. In fact aku sendiri pun tak risau, sebab hometown sendiri lah katakan... For sure x sesat! Hurmmmm... Tapi kat sini, walau dalam pada tak sure jalannya, aku main belasah je drive sorang-sorang! Lagi pun, dengan bantuan teknologi terkini, tak perlu risau dah... Hehehe... Apa lagi, bantuan c Wa'izah lah kalau agak-agak aku dah sesat. Hehe... Wa'izah??? Apa tu??? Mesti korang pelik dengarnya kan? Sebab lum ada lagi aplikasi nama macam tu. Actually, Wa'izah tu nama lain yang aku tukar untuk apps WAZE! Saja bagi nama lain, sebab kan selalu nya suara perempuan yang bagi panduan jalan tu... Hahaha...

Ok, tutup cerita Wa'izah. La ni, aku baru je sampai Sunway Pyramid! Haaaa... Jangan tak tahu. This is my fourth or fifth time drive to Sunway Pyramid by myself! Ceehhhhh... Ada unsur bangga dan riak pulak di situ. Pada hal, takda apa pun... Saja ja nak share kat sini sekadar untuk catatan memori si Mak Kucing ni kan?

So, lebih kurang 30-45 minit aku tawaf building ni, finally dapat parking kat level paling atas! Dahsyat weiiii kalau lambat sampai sini. Penuh gila parking!!! Sebab aku dah malas nak round lagi tambah plak perut aku dah menyanyikan lagu heavy metal, maka aku parking je lah kat situ walau panas x berbumbung! And my first destination apa lagi... Cari makan!!! Dah takda idea dah, jadi singgah je kat Secret Recipe je. Aku malas nak fikir menu lain. Sebab perut ni mengada-ada nak mintak diisi dengan nasi jugak!





Meriahkan apa yg c MKK blogger ni makan? Hahaha... And today for the first time, I tried the Turkish Indulgence Cake! Yummmyyyyy.... Okay lah uols... I nak menikmati hidangan. Pas ni, nak ukur keluasan bangunan Sunway Pyramid ni pulak. Hahahahaha.... Apa yang penting, ENJOYYYYY!!!