Monday, August 12, 2013

5 Syawal 1434H

As Salam everyone... Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 Syawal dah. Cepatnya masa berlalu... Cuti pun dah semakin sedikit, sikit hari lagi dah nak kembali bertugas. Maka bermulalah episod hidup ku di perantauan pula...

Dalam pada kesibukan umat Islam beraya, aku pulak sibuk menguruskan hal-hal perpindahan. Hehehe... Jangan bosan lak nak baca kisah ku ini. Sebab akhir-akhir ni entri kat blog aku ni berkisarkan cerita perpindahan dan penghijrahan je lah ;)

Tapi dalam pada sibuk uruskan perpindahan ni, hari ni sempat jugak bertemu dengan kawan lama. Kebetulan pulak dia ada program kat KK ni. So, di kesempatan yang ada ni lah boleh jumpa. Lagi pun dah lama tak jumpa, lebih kurang 6 tahun. Lama kan? Tapi kenal pun secara kebetulan jugak. We met at Langkawi around 2007. He was the instructor of my students group during the Wilderness Camp in Langkawi. Tak sangka jugak boleh jadi member till now. Alhamdulillah... Berkawan biar seribu kan, musuh pulak sebolehnya takda sorang pun di dunia ni. Barulah hidup ini aman tenteram. Sembang panjang jugak lah. Dia datang dengan member dia 2 orang, sorang tu orang kita jugak lah and the other one is American kalau tak silap. Seronok jugak dapat berkenalan dengan geng macam diorang ni. They involved in outdoor activities. Nampak enjoy je kerja diorang ni. Ke sana ke mari, dengan pelbagai aktiviti lasak. Trip kali ni diorang bawak students international school from Singapore. All of the students are Indians. Kalau ikut hati rasa nak join je aktiviti diorang ni, (walaupun aku ni takda lah lasak sangat), tapi apa kan daya... Lusa aku nak balik bertugas dah. Aku sebenarnya memang berminat nak involved dengan outdoor activities ni. That's why kalau ada offer je suruh escort students gi camping aku tak penah menolak! ;)

Okay, tutup cerita pasal member lama tu... Sekarang ni aku dok lepak menikmati Java Chip & Tuna Puff sambil update new entry kat blog ni ;) Hehehe... Sebenarnya nak mengisi masa terluang sementara menunggu En.Kembara selesai 'dimandikan' luar dan dalam termasuklah enjinnya sekali. Sebab in shaa Allah, kalau takda aral, esok masuk kontena le En.Kembara aku tu. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk ku... Allahumma Aamiin...

That's all for now. Sebab nak menikmati Java Chip ;)

Friday, August 9, 2013

'Tukar Milik' - Part 2

Sepatutnya entri 'Tukar Milik' ni takda part 2. Tapi memandangkan ada cerita pulak selepas entri pertama tu, maka aku pun buat lah entri ni.

Memang menguji kesabaran aku gak lah bila menguruskan hal sebegini dan juga apabila berurusan dengan JPJ ni. Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya tak berjaya untuk buat penukaran hak milik ke atas Kembara kesayangan aku tu. Penat je aku excited! Haihhhh... Ini lah dia akibat karenah birokrasi. Leceh betul! Pegawai kat JPJ tu pun satu hal gak. Bagi explanation separuh jalan. Penat aku berulang-alik ke sana, letih satu badan ni dok berkampung tunggu giliran. Kesudahannya hasil yang mengecewakan! Haihhhh.... Takpe lah, bukan rezeki kot. Pasti ada hikmahnya tu.

Okay lah, it's just for reminder in case aku nak buat penukaran milik kenderaan (especially untuk kereta yang dah habis bayar kat bank):
1. Make sure bayaran akhir dah settle (settlement ni antara bank-JPJ ambik masa lebih kurang 3 hari bekerja).
2. Buat pemeriksaan kereta di Puspakom (buat pemeriksaan untuk tukar milik, charge dalam RM 30).
3. Sebelum berurusan dengan JPJ, make sure insurance kereta atas nama pemilik asal telah dibatalkan. Then, beli insurance untuk penama or pemilik baru kereta.
4. Make sure sediakan salinan IC untuk pemilik asal dan penama baru. (Photostat sedia, sebab kalau nak photocopy kat JPJ, mahal gila!!!)
5. Gunting salinan IC tu siap-siap, sebab nak kena lekat kat borang tukar milik tu nanti.
6. Then, pegi JPJ mintak borang dan ambik nombor giliran. Sementara tunggu turn tu, boleh lah lengkapkan borang tukar milik tu. Kad Pendaftaran kereta dan Sijil Pemeriksaan dari Puspakom tu jangan lupa bawa pulak.
7. Lengkap semuanya, in shaa Allah selesai lah urusan tu.

Kalau lah pegawai kat JPJ tu bagi penerangan yang jelas, takda lah aku ulang-alik kan? Takpe lah kot. Aku malas lah nak uruskan insurance baru lagi. Sebab nak kena bayar lebih mahal, atas sebab aku takda NCD untuk kereta tu. Hurmmmm... Takpe lah, yang penting aku dah confirm kan dengan orang logistic tu, tak tukar nama pun takpa. Kereta tu still lagi aku boleh bawa berhijrah. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan ku selepas ini dan pada masa akan datang. Aamin...

Tuesday, August 6, 2013

'Tukar Milik'

Finally, ber 'tukar milik'! Excited sangat plak bunyi nya. Padahal, takda apa pun. Hari ni pada ketika ini, aku berkampung lagi di JPJ Jalan Bundusan ni. Mau tak berkampung? Ramai sangat orang kat sini since semalam agaknya. Semua sibuk nak renew road tax. Maklumlah, musim perayaan lah katakan. Lagi pun, geng JPJ ngan Pak Trafiko pun sibuk menjalankan road block sana sini.

Tapi aku gi JPJ ni bukan atas urusan nak renew road tax, tapi untuk urusan tukar milik. Yeah, finally my Kembara akan bertukar nama pemilik. Alhamdulillah... Lega rasanya, dah bebas hutang kereta ;) Kalau ikut, tak payah tukar nama pun takpe. Cuma aku nak semua berjalan lancar je untuk proses penghijrahan ke tempat baru. So, dengan peluang serta kesempatan yang ada ni aku uruskan je lah. 

Sepatutnya semalam lagi dah settle, tapi JPJ sini tak terima lagi data dari Puspakom. Maka terpaksa lah ku gagahkan kaki untuk datang ke sini lagi hari ni. Dah lah semalam 2 jam lebih berkampung kat Puspakom tu. Selesai dari Puspakom semalam bergegas ke JPJ ni, tapi tak dapat pulak nak selesaikan urusan semalam.

Nampak macam excited sangat kan? Bukan apa, excited nya sebab berpeluang uruskan sendiri Hal sebegini. At least, tahu jugak selok belok urusan pertukaran hak milik kenderaan kan. Just for info and also self-reminder for me, kalau nak tukar milik or biasa orang kata tukar nama, kenderaan tu perlu dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan terlebih dahulu. Then baru lah berurusan dengan JPJ. Kad Pendaftaran kereta pun perlu dibawa bersama. Masa gi JPJ pulak, pasti kan dah get ready dengan salinan IC pemilik asal Dan pemilik baru. Oh ye, kena gunting siap-siap dan dilekatkan pada borang tukar milik tu. Kad Pendaftaran kereta berserta Sijil Pemeriksaan Tukar Milik dari Puspakom pun perlu dibawa. Lengkap semua tu, in shaa Allah selesai lah urusan. Bayaran? In my case, kat Puspakom I paid RM 30 untuk pemeriksaan and kat JPJ perlu bayar RM 40 untuk urusan tukar milik ni.

Boringnya nak menunggu ni... Lebih kurang 20 orang lagi. Tunggu kat sini dari pukul 10 lebih lagi... Sabar je lah...