Sepatutnya entri 'Tukar Milik' ni takda part 2. Tapi memandangkan ada cerita pulak selepas entri pertama tu, maka aku pun buat lah entri ni.
Memang menguji kesabaran aku gak lah bila menguruskan hal sebegini dan juga apabila berurusan dengan JPJ ni. Nak dijadikan cerita, aku sebenarnya tak berjaya untuk buat penukaran hak milik ke atas Kembara kesayangan aku tu. Penat je aku excited! Haihhhh... Ini lah dia akibat karenah birokrasi. Leceh betul! Pegawai kat JPJ tu pun satu hal gak. Bagi explanation separuh jalan. Penat aku berulang-alik ke sana, letih satu badan ni dok berkampung tunggu giliran. Kesudahannya hasil yang mengecewakan! Haihhhh.... Takpe lah, bukan rezeki kot. Pasti ada hikmahnya tu.
Okay lah, it's just for reminder in case aku nak buat penukaran milik kenderaan (especially untuk kereta yang dah habis bayar kat bank):
1. Make sure bayaran akhir dah settle (settlement ni antara bank-JPJ ambik masa lebih kurang 3 hari bekerja).
2. Buat pemeriksaan kereta di Puspakom (buat pemeriksaan untuk tukar milik, charge dalam RM 30).
3. Sebelum berurusan dengan JPJ, make sure insurance kereta atas nama pemilik asal telah dibatalkan. Then, beli insurance untuk penama or pemilik baru kereta.
4. Make sure sediakan salinan IC untuk pemilik asal dan penama baru. (Photostat sedia, sebab kalau nak photocopy kat JPJ, mahal gila!!!)
5. Gunting salinan IC tu siap-siap, sebab nak kena lekat kat borang tukar milik tu nanti.
6. Then, pegi JPJ mintak borang dan ambik nombor giliran. Sementara tunggu turn tu, boleh lah lengkapkan borang tukar milik tu. Kad Pendaftaran kereta dan Sijil Pemeriksaan dari Puspakom tu jangan lupa bawa pulak.
7. Lengkap semuanya, in shaa Allah selesai lah urusan tu.
Kalau lah pegawai kat JPJ tu bagi penerangan yang jelas, takda lah aku ulang-alik kan? Takpe lah kot. Aku malas lah nak uruskan insurance baru lagi. Sebab nak kena bayar lebih mahal, atas sebab aku takda NCD untuk kereta tu. Hurmmmm... Takpe lah, yang penting aku dah confirm kan dengan orang logistic tu, tak tukar nama pun takpa. Kereta tu still lagi aku boleh bawa berhijrah. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan ku selepas ini dan pada masa akan datang. Aamin...
Good luck Suhailah!
ReplyDelete