Monday, August 12, 2013

5 Syawal 1434H

As Salam everyone... Sedar tak sedar hari ni dah masuk 5 Syawal dah. Cepatnya masa berlalu... Cuti pun dah semakin sedikit, sikit hari lagi dah nak kembali bertugas. Maka bermulalah episod hidup ku di perantauan pula...

Dalam pada kesibukan umat Islam beraya, aku pulak sibuk menguruskan hal-hal perpindahan. Hehehe... Jangan bosan lak nak baca kisah ku ini. Sebab akhir-akhir ni entri kat blog aku ni berkisarkan cerita perpindahan dan penghijrahan je lah ;)

Tapi dalam pada sibuk uruskan perpindahan ni, hari ni sempat jugak bertemu dengan kawan lama. Kebetulan pulak dia ada program kat KK ni. So, di kesempatan yang ada ni lah boleh jumpa. Lagi pun dah lama tak jumpa, lebih kurang 6 tahun. Lama kan? Tapi kenal pun secara kebetulan jugak. We met at Langkawi around 2007. He was the instructor of my students group during the Wilderness Camp in Langkawi. Tak sangka jugak boleh jadi member till now. Alhamdulillah... Berkawan biar seribu kan, musuh pulak sebolehnya takda sorang pun di dunia ni. Barulah hidup ini aman tenteram. Sembang panjang jugak lah. Dia datang dengan member dia 2 orang, sorang tu orang kita jugak lah and the other one is American kalau tak silap. Seronok jugak dapat berkenalan dengan geng macam diorang ni. They involved in outdoor activities. Nampak enjoy je kerja diorang ni. Ke sana ke mari, dengan pelbagai aktiviti lasak. Trip kali ni diorang bawak students international school from Singapore. All of the students are Indians. Kalau ikut hati rasa nak join je aktiviti diorang ni, (walaupun aku ni takda lah lasak sangat), tapi apa kan daya... Lusa aku nak balik bertugas dah. Aku sebenarnya memang berminat nak involved dengan outdoor activities ni. That's why kalau ada offer je suruh escort students gi camping aku tak penah menolak! ;)

Okay, tutup cerita pasal member lama tu... Sekarang ni aku dok lepak menikmati Java Chip & Tuna Puff sambil update new entry kat blog ni ;) Hehehe... Sebenarnya nak mengisi masa terluang sementara menunggu En.Kembara selesai 'dimandikan' luar dan dalam termasuklah enjinnya sekali. Sebab in shaa Allah, kalau takda aral, esok masuk kontena le En.Kembara aku tu. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk ku... Allahumma Aamiin...

That's all for now. Sebab nak menikmati Java Chip ;)

No comments:

Post a Comment